J-KOM nafi diarah kempen calon Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR, 15 MEI — Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) menafikan terdapat arahan untuk berkempen bagi calon tertentu dalam Pemilihan PKR 2025.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Yusop berkata dakwaan pihak tertentu sebagaimana yang tersebar media sosial tidak benar dan tidak berasas.   

“Semua kakitangan J-KOM menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti selaras dengan peraturan yang ditetapkan. 

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa J-KOM terlibat dalam berkempen untuk mana-mana pemimpin dan digunakan untuk menyerang pemimpin tertentu. 

“Saya mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jabatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas dakwaan pihak tertentu mengaitkan J-KOM dalam Pemilihan PKR. 

Katanya, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi, J-KOM komited menyampaikan maklumat tepat, adil dan berimbang demi memperkukuh sistem demokrasi.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...