Isu OKU Dipukul – “Suami saya dipukul, disepak tanpa perikemanusiaan.”


KEMAMAN:
“Suami saya dipukul, disepak tanpa perikemanusiaan. “Itu luahah Faridah Abdul Karim, isteri kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai,Kemaman pada Jumaat lalu.

Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata, ketika kejadian dia sedang berniaga sebelum dikejutkan dengan panggilan yang memaklumkan insiden itu. Faridah berkata, perbuatan dan kelakuan melampau itu sukar untuk dimaafkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu, mangsa seorang OKU mental berusia 47 dipukul beberapa individu dipercayai selepas motosikal ditunggannya terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.

“Sedih marah,kecewa semua ada bila melihat video yang tular suami saya dipukul tanpa ada belas kasihan dan bagi saya ia sangat keterlaluan.

“Bagi saya perbuatan itu sangat kejam dan setakat ini hati saya sukar untuk dimaafkan,” kata Faridah ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya, jika benar suami bersalah dan sengaja melanggar sebuah gerai makanan di situ, mereka sepatutnya selesaikan dengan secara baik.

Jelasnya lagi, sehingga hari ini suaminya masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Harta Mokhzani hampir RM1 bilion, Mirzan RM246 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dua anak bekas...

Pemberian Tol Percuma Pada Musim Perayaan Tidak Menyelesaikan Masalah Kesesakan Di Lebuh Raya Bertol.

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

MAHB Bakal Cipta Lembaran Baharu

KUALA LUMPUR - Penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd...

Wanita Maut Ditikam Dengan Gunting

Johor Bahru: Polis menahan tiga individu yang dipercayai terbabit...