Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama

Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak. -Foto IG HarithIskandar

KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan yang dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, Jun lalu.

“Betul, saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu,” kata Dr Jezamine.

Dia bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai punca tindakannya itu.

No comment for now. After our court hearing baru comment (Tiada komen buat masa ini. Mungkin selepas perbicaraan saya akan ceritakan),” katanya ringkas kepada Astro AWANI pada Selasa.

Difahamkan kes perceraian Dr Jezamine dan Harith Iskander bakal disebut di mahkamah, bulan ini.

Dr Jezamine sebelum ini juga dilapor memuat naik gambar bersama peguam Datuk Akberdien Abdul Kadir yang sering mewakili artis dalam kes-kes perceraian.

Sementara itu, usaha media untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu daripada Harith Iskander, 58, tidak berjaya apabila dia memilih untuk mengunci mulut.

Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun.

ASTRO AWANI | Foto : IG Harith Iskander | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...