ISHAM JALIL TEMPLAK KERAJAAN?

Semalam Anwar pertahan keputusan kerajaan untuk merunding penjualan 30% milikan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada kepentingan Blackrock. Anwar kata Blackrock atau syarikat-syarikat yang ia ada kepentingan sudah pun mempunyai operasi di seluruh negara dan di pasaran saham.

Saya ingin komen begini kepada Anwar: Memang BlackRock memiliki pelaburan di dalam banyak syarikat-syarikat di Malaysia. Namun hampir semua (mungkin semua) syarikat-syarikat ini (lebih kurang 100 syarikat) adalah syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham di mana sesiapa sahaja boleh beli saham-saham ini secara terbuka dan tidak dihalang. Blackrock juga memegang bon-bon kerajaan melalui syarikat-syarikat yang ia ada kepentingan. Dan bon-bon ini juga dibeli di pasaran terbuka atau penjualan semula seperti di atas. Dan pegangan-pegangan saham dan bon-bon oleh kepentingan Blackrock di syarikat-syarikat ini adalah kecil, iaitu dalam 1-3% sahaja. Mereka tidak perlu minta izin atau runding dengan kita untuk beli saham-saham dan bon-bon di pasaran terbuka seperti ini.

Namun dalam kes Malaysia Airport (MAHB) ini, syarikat MAHB ini adalah syarikat strategik milik kerajaan dan awam oleh itu ia adalah kepunyaan rakyat, dan milikan syarikat ini yang ingin dijual kepada kepentingan Blackrock tersebut adalah besar dan signifikan iaitu 30%. Dan penjualan ini bukanlah melalui pasaran terbuka namun secara rundingan untuk menjadikan MAHB milik persendirian dan bukan lagi tersenarai di Bursa Saham. Penjualan ini adalah di atas pilihan dan keputusan kerajaan sendiri walaupun MAHB sebelum ini mencatat keuntungan beratus juta ringgit.

Anwar juga kata “Kita runding dulu dengan Global Infrastructure Partners (GIP). Akhir tahun lalu, BlackRock ambil alih.” Oleh itu Anwar, sekarang kita sudah tahu GIP ini kini dipunyai oleh Blackrock, maka sebenarnya kita boleh buat keputusan untuk menamatkan rundingan dengan GIP ini jika kita mahu oleh kerana perkembangan ini.

Anwar kata dia tidak boleh batalkan kerjasama dengan syarikat yang ada kaitan dengan Israel yang beroperasi di luar Israel sebab dia tidak mahu melemahkan ekonomi negara.

Saya tidak setuju dengan kenyataan Anwar ini. Sebab dalam apa-apa hal, kita tidak boleh kata kita kononnya menentang keras dan tidak bersetuju dengan pendirian sesuatu pihak tentang sesuatu perkara tetapi setuju untuk ambil duit mereka. Jika kita buat begini ia adalah sesuatu yang hipokrit dan duit yang kita ambil itu tidak berkat oleh kerana sumbernya dan oleh kerana asbabnya.

Dalam apa-apa isu penting seperti ini kita perlu tetapkan pendirian. Jika kita menentang genocide, jangan ambil duit dari pihak yang menyokong pelaku genocide. Itu sahaja. Apa-apa alasan lain yang sesiapa beri untuk menjustifikasikan sebaliknya hanyalah menunjukkan hipokrasi atau kelemahan jatidiri seseorang yang lemah dan tidak berpendirian.

Salam

ISHAM JALIL

23 Jun 2024

#InspirasiChannelz#inspirasiberita#inspirasipolitik

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...