Isham Jalil Nasihatkan Rafizi & Anwar?

PM Anwar kata golongan T15 tidak akan dapat subsidi petrol dan kena bayar lebih, dia kata golongan maha kaya tidak layak dapat subsidi.

Dan kerajaan kata golongan ini (yang tidak
layak dapat subsidi petrol) adalah yang berpendapatan RM13,000 sebulan.

Ada seorang professor penyokong kerajaan ini pula kata golongan T15 hanya 3 peratus dari rakyat. Dia kata 3 peratus rakyat ada pendapatan RM13,000 sebulan. Saya rasa professor ini konfius dalam usaha dia untuk backing kerajaan.

Pertama, T15 itu adalah golongan Top 15 peratus rakyat atau 15 peratus dari keseluruhan 34 juta rakyat Malaysia atau 5 juta orang. T15 ini bukan 1 juta orang atau 3 peratus rakyat Malaysia sahaja. Sebab T15 ini termasuk isirumah bukan hanya individu yang bekerja. Jika betul hanya 3 peratus atau 1 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan RM13,000 sebulan, maka 1 juta ini secara purata tanggung 5 orang termasuk dia yang tergolong dalam golongan T15. Oleh itu kesan pemotongan subsidi petrol dan kenaikan harga ini akan kena kepada sekurang-kurangnya 5 juta orang bukan hanya 1 juta orang.

Kedua, kerajaan pun telah kata T15 itu adalah pendapatan isirumah sebanyak RM13,000 sebulan bukan pendapatan individu. Di kawasan-kawasan bandar yang orang memang guna banyak kenderaan petrol, banyak isirumah di mana suami dan isteri bekerja. Oleh itu purata pendapatan individu dalam isi rumah ini lebih rendah iaitu RM6,500 sebulan seorang, bukan RM13,000 seorang. Mereka ini lebih ramai dari 3 peratus, dan mereka bukan golongan maha kaya.

Satu isi rumah di Malaysia secara purata ada empat orang iaitu suami, isteri dan dua orang anak. PMX Anwar kata rasionalisasi subsidi petrol ini dibuat kerana 40 peratus atau RM8 billion subsidi diguna oleh golongan T15. Ini bermakna 5 juta orang guna RM8 billion subsidi petrol ini setahun. Tolak anak-anak mereka maka 2.5 juta orang dewasa yang bawa kereta guna subsidi ini setahun kena bayar tambahan dalam RM260 sebulan seorang atau RM520 se-isirumah. Untuk orang yang tinggal di bandar dengan gaji RM6,500 setiap suami dan isteri dengan dua orang anak tanggungan, RM520 sebulan tambahan bil petrol ini adalah besar. Jika anak mereka lebih ramai, silap haribulan mereka jadi miskin bandar.

Anwar juga kata warga asing juga pakai banyak petrol ini. Warga asing yang paling ramai di Malaysia adalah dari Indonesia dan Bangladesh. Warga asing yang mana yang banyak guna kereta petrol sampai berbillion ini? Mungkin ada pelancong Singapura dan Thailand yang isi Petrol subsidi kita, tetapi tidaklah sampai berbillion. Warga Bangladesh dan Indonesia yang bawa motor tiada lesen pun tidaklah berjuta. Jika berjuta adalah sesuatu yang tidak kena dengan penguatkuasaan.

Kesimpulannya bila kerajaan potong subsidi petrol untuk kutip RM8 billion, duit ini datang dari kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja dan isi rumah mereka. Mereka ini bukan golongan maha kaya. Golongan maha kaya tidak pergi kerja meredah jem dan bayar petrol dan tol untuk pergi balik kerja hari-hari, mungkin mereka naik helikopter dan bawa kereta mewah mereka sekali sekala ke pejabat. Itu T1 atau Top 1 peratus bukan T15.

Jika ikut formula PMX ini, suami isteri berpendapatan RM6,500 seorang yang tinggal di bandar dengan dua orang anak tanggungan tersebut pun termasuk dalam golongan T15 yang kena bayar petrol lebih mahal. Ini bukanlah golongan maha kaya, mereka adalah orang biasa yang bekerja untuk membangunkan ekonomi negara, tidak adil untuk bebankan mereka.

Lebih baik kerajaan buat cukai tambahan untuk golongan T1, suruh mereka bayar berbillion pun tentunya tidak luak. Tetapi mereka ada akauntan dan pandai elak bayar cukai. Dan ahli politik kerajaan pun tidak berani kacau mereka. Nak perkenalkan semula GST pun takut sebab tauke-tauke dan taikun-taikun akan marah. Yang selalu kena buli adalah yang di bawah dan di tengah.

#InspirasiChannelz | #MyTimesMy | #InspirasiMalaysia

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Demi Negara Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim Perlu Berdamai – Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Mencadangkan Agar "ELDER COUNSEL"...

Perjalanan Harimau Malaya terhenti,Terima Kasih Pau Marti Vicente

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Malaysia ditunjukkan jalan keluar dari...

Peguam Negara fail rayuan keputusan melepas, membebaskan Rosmah

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah memfailkan...

Tiada campur tangan dalam keputusan mahkamah – Anwar

"Saya tidak pernah bertemu dengan mana-mana hakim dan saya...