
INILAH REFORMASI ANWAR IBRAHIM YANG SENANTIASA MENIPU SERTA MEMPERBODOHKAN RAKYAT JELATA
Semakin jelas Azam Baki dan SPRM merupakan ‘BARUA’ kepada kerajaan Madani yang hanya bertindak secara selektif kononnya dalam memerangi rasuah.
Azam Baki dan SPRM tidak berani menyentuh penyangak Farhash Salvador dan secara pantas mengumumkan kes Farhash Salvador ditutup.
Apakah benar SPRM sudah menyiasat budak Farhash Salvador ini seperti mana SPRM mendera anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat punca pendapatan mereka dari tahun 1982 sehingga kini yang akhirnya diumumkan tiada unsur-unsur salahlaku dari pihak mereka.
Namun, kini Azam Baki dan SPRM selaku ‘BARUA’ kepada kerajaan Madani terus mengasak dan memberi tekanan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya sedang bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan undang-undang di United Kingdom untuk menyiasat aset-aset di sana.
Kenapa SPRM di bawah Badan Operasi Khas (BOK) tidak mahu menyiasat budak Farhash Salvador ini secara komprehensif, telus serta professional?
Reputasi Azam Baki dan SPRM kini sudah mengalir ke longkang.
Kita tunggu saja selepas PRU16 kelak dan pada waktu itu lihat saja penyangak-penyangak seperti Azam Baki serta budak Farhash Salvador ini akan berada di mana?
Inilah reformasi ala Anwar Ibrahim yang senantiasa cakap ‘tak serupa bikin’ serta penuh dengan amalan penipuan ke arah untuk memperbodohkan keseluruhan rakyat di negara kita.
Penyangak Anwar Ibrahim lupa pada hari ini rakyat jelata tidak lagi bangang seperti dirinya yang kuat menipu serta memfitnah orang lain demi untuk menutup segala kelemahan-kelemahannya.
Jangan sama sekali rakyat izinkan diri mereka terus ditipu oleh Anwar Ibrahim seorang manusia munafiq, fasiq serta kaki penipu nombor satu di tanahair kita ini.
Syukur alhamdulillah kerana Allah swt sedang menunjukkan secara jelas kepada keseluruhan rakyat akan siapa itu Anwar Ibrahim yang sebenarnya.
Sebab itu Anwar Ibrahim bersama rakan-rakan dalam kerajaan Madani amat takut dan fobia dengan doa qunut nazilah yang sering kali dibacakan oleh YB Tuan Guru Ahli Parlimen Jasin.
Yang Benar,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
ADT Muafakat Nasional
11 September 2025