Ingkar titah sultan, aktivis seru segera dakwa MP DAP

KUALA LUMPUR, 15 APRIL — Aktivis masyarakat menggesa pihak polis tidak mengambil tempoh lama melengkapkan siasatan terhadap Ahli Parlimen DAP Chow Yu Hui.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata Chow perlu disiasat kerana menderhaka kepada sultan, menceroboh tanah kerajaan, menghasut rakyat dan menghalang tugas penjawat awam. 

“Pengkhianat negeri Pahang dibebaskan pada 11.30 pagi dengan jaminan polis selepas 20 jam ditahan. 

“Mulai hari ini, saya dan semua akan kira bersama tempoh yang diperlukan untuk mendakwa Ahli Parlimen Raub dan 400 penceroboh tanah.

“Buat masa ini, polis, ini adalah ‘keadilan’ dunia yang anda berikan kepada orang Melayu dan Islam. Titah tuanku Sultan Pahang rupanya tidak berapa ‘kuat’,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pembebasan Ahli Parlimen Raub dengan jaminan polis. 

Chow dan Pengerusi Gabungan Selamatkan Musang King (SAMKA) Wilson Chang dibebaskan hari ini selepas hampir 20 jam ditahan polis. 

Kedua-dua mereka meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub pada 11.30 pagi tadi selepas ditahan empat petang semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata Chow dan Wilson masih disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...