Hospital Serdang sahkan Anwar sihat, boleh terus bertugas

KUALA LUMPUR, 21 JUN — Hospital Sultan Idris Shah, Serdang mengesahkan keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan yang sangat baik.

Pengarahnya, Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata berdasarkan pemeriksaan kesihatan tahunan yang dijalankan, Perdana Menteri boleh menjalankan tugas rasmi seperti biasa.

“Dimaklumkan bahawa Perdana Menteri sudah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa tahap kesihatan Perdana Menteri berada dalam keadaan yang sangat baik dan beliau dapat menjalankan tugasan rasmi seperti biasa.

“Pemeriksaan kesihatan ini sebahagian komitmen Perdana Menteri untuk memastikan beliau kekal cergas dan bersedia dalam menerajui pentadbiran negara,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Hospital Serdang hari ini. 

Katanya, dengan keputusan pemeriksaan kesihatan tahunan Anwar itu, Perdana Menteri boleh terus melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...