Hassan: Pemilihan PKR ajar pemimpin sombong di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Hassan Abdul Karim menyifatkan Pemilihan PKR kali ini sebagai misi memusnahkan politik elit dan kartel yang bersarang dalam parti reformasi itu. 

Ahli Parlimen PKR itu berkata keputusan pemilihan kali ini menggambarkan kehendak akar umbi yang mengajar pemimpin sombong apabila mendapat kuasa.

“Dalam Pemilihan PKR 2025 yang baru berlangsung, ramai tokoh-tokoh besar Ayuh Malaysia menemui kekalahan mengejut di tangan calon akar umbi.

“Calon yang tidak ada nama, tidak ada jawatan menteri atau timbalan menteri atau jawatan Ahli Parlimen.

“Tokoh-tokoh yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri atau ahli parlimen, (bukan semua) tiba-tiba menjadi elit berkuasa di koridor kuasa Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas keputusan Pemilihan PKR 2025.

Beberapa nama besar pimpinan kerajaan tewas dalam pemilihan peringkat cabang seperti Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim juga tewas merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya.

Turut menerima nasib sama, Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy kecundang dalam merebut jawatan Ketua Cabang Bukit Bintang.

Hassan berkata pemimpin kanan yang gagal dalam pemilihan kali ini dilihat sukar dihubungi dan tidak mesra dengan ahli biasa PKR.

Katanya, ahli di peringkat akar umbi inilah yang banyak berjasa menggantung poster mereka ketika menjadi calon semasa pilihan raya.

“Mereka tidak turun kawasan, tidak kenal lagi ahli biasa. Panggilan telefon, SMS atau WhatsApp tidak lagi dijawab, malah keluar tinggalkan kumpulan WhatsApp.

“Tokoh-tokoh besar ini akhirnya tahu tinggi rendah langit apabila mereka dihukum dalam pemilihan secara demokratis dalam pilihan raya PKR.

“Pemilihan PKR sekarang adalah satu revolusi demokrasi di peti undi secara digital melakukan pembersihan di dalam kepimpinan di 222 cabang di seluruh negara,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata perwakilan kali ini berjaya membuang politik kartel dan politik elit yang sudah merosakkan PKR.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...