Hassan Karim beri amaran mengenai perhimpunan 6 Januari

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa perpaduan Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tergugat sekiranya perhimpunan pada 6 Januari di Putrajaya menjadi kenyataan.

Dakwanya, Titah Adendum akan menjadi isu panas yang boleh ‘membakar’ perpaduan Kerajaan Madani.

Menurutnya lagi, parti Pas cepat ‘menangguk di air keruh’ untuk mendapat laba politik dengan menggerakan satu usaha menganjurkan perhimpunan besar di depan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 6 Januari depan.

Menurut Hassan, pemimpin Kerajaan Madani sekarang cukup faham kesan politik terhadap siri-siri perhimpunan raksa oleh rakyat jelata.

“Contohnya perhimpunan Bersih 1 hingga Bersih 5 telah menjatuhkan kerajaan Najib Razak (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan UMNO/ Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia selama 60 tahun sejak Merdeka.“Begitu juga tentu sekali Anwar Ibrahim masih ingat lagi bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad digoncang hebat dengan perhimpunan besar membantah isu ICERD dan Statut Rome anjuran bersama Pas dan UMNO sehingga akhirnya kerajaan PH tersebut tumbang selepas jadi kerajaan hanya 22 bulan sahaja,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, berdasarkan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC), apa pun yang berlaku di Mahkamah Rayuan pada 6 Januari depan, kedudukan kes pengampunan terhadap Najib tidak menempuh jalan gelap berpanjangan, sebaliknya mungkin ada sinar di hujung terowong.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...