Hari ini 837 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi beroleh kemenangan dalam Pertempuran Hattin.

Hari ini 837 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi beroleh kemenangan dalam Pertempuran Hattin. Sebelum mangkat, Raja Baitulmaqdis Baldwin IV mengikat perjanjian damai dengan Sultan Mesir & Syria Salahuddin. Namun pada Disember 1186, Putera Antioch Reynald de Chatillon melanggar perjanjian itu dengan menyerang rombongan dagang Islam ke Kerak. Berang, Salahuddin berikrar untuk membunuh Reynald lalu mengumpul kekuatan dari segenap wilayah Ayyubiyah. Sekitar 40,000 tentera dipimpin merempuh tanah jajahan Kristian, bermula dengan menakluk Cresson pada 1 Mei 1187.

Sebagai tindak balas, sekitar 20,000 tentera Salib pimpinan Raja Baitulmaqdis yang baharu Guy de Lusignan mara ke Safurriya & mendirikan kem di sana, bersama Reynald & Balian of Ibelin sebagai panglima kanannya. Salahuddin menyedari lebih mudah menewaskan musuh dalam pertempuran terbuka berbanding di pangkalan, maka beliau menyerang & menakluk kota Tiberias untuk mengumpan angkatan Salib supaya bergerak dari Saffurya. Ia berhasil & pada 3 Julai, Guy memimpin tenteranya berarak ke Tiberias. Dalam cuaca panas terik berdebu, mereka diserang oleh pasukan pemanah berkuda Ayyubiyah dari segenap arah, memaksa mereka bermalam di pertengahan jalan sambil terus ditekan.

Pada siang 4 Julai, angkatan Salib yang kehausan & lemah mengubah haluan menuju ke Hattin, di mana ada sumber air. Namun sepanjang perjalanan, mereka terus diasak serangan pemanah ditambah asap daripada pembakaran semak di sekitar oleh tentera Ayyubiyah. Segenap laluan ditutup oleh barisan tentera Salahuddin, hingga mereka dikepung. Mereka bertempur namun tak berdaya lagi melawan, akhirnya tentera Salib menyerah kalah & Guy dijadikan tawanan perang atas belas Salahuddin.

Namun tidak buat Reynald, yang turut sama ditawan bersama Guy, berkelakuan biadap sebelum akhirnya menemui ajal di tangan Salahuddin sendiri, melunaskan ikrarnya untuk menghukum si pelanggar janji itu. Kemenangan di Hattin telah meranapkan angkatan tentera Kerajaan Kristian Baitulmaqdis, lantas membuka laluan mudah kepada Salahuddin untuk menakluk kota suci itu pada 2 Oktober 1187.

Sumber: World History, History Today #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Demi Negara Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim Perlu Berdamai – Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Mencadangkan Agar "ELDER COUNSEL"...

Perjalanan Harimau Malaya terhenti,Terima Kasih Pau Marti Vicente

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Malaysia ditunjukkan jalan keluar dari...

Peguam Negara fail rayuan keputusan melepas, membebaskan Rosmah

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah memfailkan...

Tiada campur tangan dalam keputusan mahkamah – Anwar

"Saya tidak pernah bertemu dengan mana-mana hakim dan saya...