Harga Lantai Belian Padi Dinaikkan Daripada RM1,300 Kepada RM1,500

KUALA LUMPUR: Harga lantai belian padi akan diselaraskan daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik berkuat kuasa Ahad ini.

Seiring penyelarasan baru harga lantai padi itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan harga beras putih tempatan di pasaran juga kekal pada RM2.60 sekilogram.

Pengekalan harga itu kata beliau, menyebabkan kerajaan perlu menanggung kos pengeluaran berjumlah RM150 juta bagi tempoh enam bulan ini.

“Dalam tempoh enam bulan ini, sebanyak 24 juta kampit beras 10 kilogram yang berharga RM26 akan berada di pasaran. Pengumuman ini diharap dapat memberikan solusi menang-menang kepada semua, bermula daripada pesawah, pengilang dan seterusnya pengguna.

“Kerajaan mengambil kepentingan semua pihak terutama penanam padi, pengguna serta pengilang, pemborong dan peruncit. Semua pihak kita harap dapat menikmatinya hasil daripada pengumuman dibuat kerajaan ini,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...