Harapkan pagar,pagar makan padi -Suspek pembunuhan Nur Farah Kartini anggota polis

Hussein berkata lelaki berusia 26 tahun itu yang juga teman lelaki mangsa, ialah seorang anggota yang bertugas di sebuah balai polis di Perak. -Bernama

SUNGAI BULOH: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek utama yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam, merupakan seorang anggota polis.

Hussein berkata lelaki berusia 26 tahun itu yang juga teman lelaki mangsa, ialah seorang anggota yang bertugas di sebuah balai polis di Perak.”Ya saya sahkan dia seorang anggota polis dan bertugas di Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Hussein berkata siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di lokasi mayat ditemukan dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang telah mula mereput.

Susulan itu, polis telah mendapat perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor, pagi tadi.

Semalam, Hussein memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 6 petang.

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.

BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PAS soal syarikat peranti ganja beroperasi di Johor

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PAS menuntut penjelasan kerajaan...

SOM pimpinan Hamzah wadah Melayu PRU16

Oleh Kamil Awang KUALA LUMPUR, 5 JUN — Penubuhan Sekretariat...

Ahmad selar SOM, UMNO lama bantu Melayu

KUALA LUMPUR, 5 JUN — Ahli Majlis Kerja Tertinggi...

PM seru KKM ambil motivasi pujian Sultan Brunei

KUALA LUMPUR, 5 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...