Happy Birthday Tun Dr Siti Hasmah

Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali (lahir 12 Julai 1926). Beliau ialah isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh

Dilahirkan di Klang Selangor pada 12 Julai 1926, Siti Hasmah ialah seorang doktor wanita berbangsa Melayu berketurunan Minangkabau. Beliau memperoleh MBBS dari Universiti Malaya di Singapura Tun Dr. Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita Melayu pertama untuk memperoleh kursus perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura selepas Perang Dunia II.

Pada 1955, beliau berjaya menamatkan pelajaran sebagai doktor perubatan dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang ketika itu terletak di Singapura. Beliau kemudiannya menyertai perkhidmatan kesihatan kerajaan. Beliau merupakan salah seorang doktor wanita pertama di Malaya ketika itu. Beliau berkahwin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun berikutnya dalam bulan Ogos. Anak sulung mereka, Marina, dilahirkan pada 1957.

Pada tahun 1960an, beliau menghadiri program pensijilan kesihatan awam di University of Michigan.

Sepuluh tahun kemudian, beliau menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu Dan Kanak-kanak, dan pada tahun 1974, beliau adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Kanak-kanak dan Ibu Negeri.

Siti Hasmah adalah pengarang beberapa artikel mengenai perubatan keluarga dan faktor-faktor sosio-ekonomi yang berkaitan dengan kehamilan dan melahirkan anak di Malaysia.

Dr Siti Hasmah belajar di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya di Singapura bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad

Selamat Menyambut Hari UlangTahun Ke 98 Buat Tun Dr Siti Hasmah.

Semoga Diberi Kesihatan Yg Baik Serta Berbahgia Disamping Keluarga Tersayang Terutamanya Hero Malaya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semoga Allah Merahmati Tun Siti.

#InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...