
Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) menyelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin kerana didakwa cuba merosakkan hubungan antara kerajaan dan institusi diraja atas fitnah yang dilemparkan.
Hamzah yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menderhaka terhadap institusi diraja, berhubung Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah adalah satu fitnah jahat dan tidak berasas.