“GIP dipilih kerana bersetuju untuk melantik Chairman dan CEO MAHB warganegara Malaysia.”

-Mustaqim MY

“GIP dipilih kerana bersetuju untuk melantik Chairman dan CEO MAHB warganegara Malaysia.”

Saya dah ulas perkara ni beberapa hari yang lepas, sebab ada yang mengatakan 30% equity interest tidak ada “final say” pun katanya. Bagi saya, mereka ini sekadar tin kosong tanpa pengetahuan industri pun. Hanya sekadar pandai membuat analisis on paper. Cuma kesannya, ramai yang mendapat misleading information.

Dalam realiti, 30% itu tetap ada “significant influence” dalam keputusan operasi dan kewangan syarikat.

Ada juga hujah mengatakan sebelum in foreign shareholding tetap sama kerana pegangan 30% equity di Bursa Malaysia. Hakikatnya ia tidak sama kerana itu adalah pelaburan portfolio – tidak terlibat dalam operasi dan keputusan kewangan syarikat.

Hari ini apabila PMX menyatakan bahawa GIP dipilih kerana bersetuju untuk melantik Chairman dan CEO MAHB warganegara Malaysia, ianya sekaligus membuktikan pegangan 30% GIP adalah significant dalam proses membuat keputusan operasi dan kewangan syarikat. Belum apa-apa lagi dah letak syarat macam-macam.

Dalam pengurusan kewangan korporat, syarat-syarat ini terdapat dalam dokumen yang dikenali sebagai “term sheet”. Apa kata, disclose saja dokumen itu supaya rakyat sama dapat maklumat terperinci berkenaan isu ini dan seterusnya membuat keputusan wajar.

This is a real life case study.

#InspirasiChannelz#inspirasiberita#inspirasipolitik

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Anwar nafi imuniti, enggan dakwaan bermotif politik 

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Ramai terima darjah, MCW seru ketatkan saringan

KUALA LUMPUR,4 JUN — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan...

PENGAMPUNAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

1. Saya ucap terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara...

Fadhlina, Zambry bincang tubuh Majlis Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Menteri Pendidikan hari ini...