Gagal bela Teoh, Urimai desak menteri DAP letak jawatan  

KUALA LUMPUR, 26 MEI — P Ramasamy menyifatkan keputusan mengklasifikasikan kematian Teoh Beng Hock sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) sebagai satu pengkhianatan. 

Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) itu berkata ia selari dengan tuntutan agar menteri DAP meletakkan jawatan.

“DAP sebuah parti yang dahulunya sering menggunakan kes Teoh dalam kempen politiknya, kini seolah-olah mengalami ‘amnesia politik’.

“Perubahan pendirian yang ketara ini menyerlahkan transformasi atau mungkin kemerosotan asas parti sejak mengambil alih tampuk kuasa.

“Dahulu sebagai pembangkang lantang memperjuangkan keadilan, kini peranan DAP dalam kerajaan hanyalah sekadar simbolik dalam isu yang kritikal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas perubahan sikap pemimpin DAP dalam membela kematian Teoh.

Katanya, menteri-menteri DAP seperti Anthony Loke, Nga Kor Ming, Hannah Yeoh dan Steven Sim harus meletak jawatan kerana gagal menegakkan keadilan buat Teoh.

Teoh pada 2009 yang ketika itu merupakan pembantu kepada wakil rakyat Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas disoal siasat semalaman di Shah Alam.

Siasatan ketika itu dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang pernah beroperasi di Plaza Masalam, Shah Alam.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...