FITNAH UGUTAN KONONNYA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ARAH ZAHID HAMIDI BUBARKAN UMNO ATAU BELIAU AKAN DIDAKWA SELEPAS PRU14?

KENYATAAN TAN SRI ANNUAR MUSA AMAT TEPAT DAN BENAR SAMA SEKALI MENGENAI FITNAH UGUTAN KONONNYA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ARAH ZAHID HAMIDI BUBARKAN UMNO ATAU BELIAU AKAN DIDAKWA SELEPAS PRU14

Saya amat tertarik dengan kenyataan tuntas, tepat dan benar sama sekali oleh Tan Sri Annuar Musa mengenai fitnah Zahid Hamidi yang menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengugut beliau bubarkan parti UMNO atau pendakwaan akan dilakukan ke atas Presiden UMNO itu. Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Annuar Musa dalam siaran temu-bual beliau baru-baru ini adalah berdasarkan pada versi serta fakta yang amat tepat. Saya adalah orang yang paling awal berhubung serta menjadi ‘jambatan’ pada perjumpaan Zahid Hamidi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memenangi PRU14 pada tahun 2018. Malahan, dalam satu sesi perjumpaan yang disusun atur oleh saya di antara Zahid Hamidi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana pada pagi tersebut; saya turut berada dalam bilik Tun Dr Mahathir Mohamad ketika perbincangan tersebut sedang berjalan.

Mata saya melihat dan telinga saya mendengari secara jelas semua perbincangan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Zahid Hamidi di kala itu. Tidak pernah sama sekali Tun Dr Mahathir Mohamad mengugut Zahid Hamidi agar membubarkan UMNO atau tindakan pendakwaan kes rasuah akan dikenakan terhadap Presiden UMNO itu sekiranya mengengkarinya. Ini adalah satu pendustaan, penipuan dan fitnah oleh Zahid Hamidi yang tidak boleh diterima sama sekali. Dalam fitnah ini, Zahid Hamidi telah melakukan dosa di antara manusia dengan Allah swt serta manusia sesama manusia. Namun, dalam masa yang sama saya tidak hairan dengan gelagat jahat Zahid Hamidi itu kerana beliau adalah seorang ‘kaki penipu’ yang tersohor di negara kita. Apa yang menghairankan saya Zahid Hamidi ini selalu mempamerkan perwatakan Islamik tetapi pada hakikatnya beliau adalah seorang manusia hipokrit yang hidup bergelumang dengan pelbagai pendustaan.

Mungkin Zahid Hamidi terlupa akan setiap pembohongan serta fitnah-fitnah beliau itu sedang diperhatikan oleh Allah swt. Memang benar sepertimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Annuar Musa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad ada mencadangkan agar diadakan satu penyatuan Melayu dan bentuk penyatuan di antara UMNO dengan Bersatu pada waktu itu hanyalah atas dasar ‘gabungan’ bukan sama sekali mengugut untuk bubarkan parti UMNO dan sekiranya gagal berbuat demikian Zahid Hamidi akan didakwa. Mencadangkan ‘gabungan’ atau melaksanakan satu ‘amalgamation’ amat berbeda sama sekali dengan perkataan ugutan.

Dalam masa yang sama saya tidak mahu menghuraikannya secara panjang lebar kerana ianya sudah menjadi kes mahkamah dan saya kemungkinannya akan menjadi saksi pada perbicaraan itu kelak. Biar segala kebenaran timbul serta diperkatakan dalam kamar mahkamah nanti. Secara rumusannya, keseluruhan ahli-ahli UMNO, orang-orang Melayu dan rakyat jelata tanpa kira kaum atau agama harus mendengar secara terperinci penerangan Tan Sri Annuar Musa mengenai fitnah Zahid Hamidi terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenyataan oleh Tan Sri Annuar Musa mengenai isu ini juga amat selari dengan apa yang saya saksikan sendiri dalam perjumpaan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Zahid Hamidi pada pagi tersebut.

Sebagai bukti tiada unsur ugutan selepas perjumpaan tersebut setelah Zahid Hamidi keluar dari bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana beliau jangan lupa dengan sesuatu benda yang dilakukan olehnya. ‘Kaki penipu’ mungkin lupa tetapi saya tidak lupa. Yang Ikhlas, KHAIRUDDIN ABU HASSAN Aktivis Politik 11 Julai 2024

#InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Tun Dr Mahathir Mohamad Mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025

Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Rangka Kerja Di Langkawi...

Presiden Prabowo Demam,Pertemuan Bersama PMx Di Langkawi DiTangguhkan

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk...

Demi Negara Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim Perlu Berdamai – Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Mencadangkan Agar "ELDER COUNSEL"...

Perjalanan Harimau Malaya terhenti,Terima Kasih Pau Marti Vicente

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Malaysia ditunjukkan jalan keluar dari...