Fitnah lagi! Jumpa di mahkamah, kata bos MARA

KUALA LUMPUR, 28 MEI — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kesal dengan Ketua Wanita Bersatu yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepadanya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).  

Setiausaha Agung UMNO itu berkata tuduhan Datuk Mas Ermieyati Samsudin keterlaluan membabitkan integriti dirinya dalam memimpin MARA. 

“Tidak habis-habis seorang pembangkang dari Melaka buat pelbagai fitnah kononnya saya habiskan duit MARA sebab terjah dan tebuk hafazan.

“[Beliau mendakwa] MARA sudah tidak biayai pelajar Program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET).

“Peguam MARA akan mulakan prosiding saman kepada beliau. Mula-mula saya ingat malas hendak layan tetapi sudah melampau dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pelbagai tuduhan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu.   

Katanya, Mas Ermieyati terbuka melemparkan kritikan secara profesional namun bukan berpandukan fitnah yang tidak berasas. 

“Saya tiada masalah untuk mengkritik saya, contohnya tidak wajar seorang pengerusi yang bukan eksekutif terjah ke institusi pendidikan MARA.

“Tetapi kalau sudah sehingga melemparkan fitnah dengan niat untuk memburukkan institusi Melayu-Bumiputera ini, saya tiada pilihan melainkan untuk saman fitnah.

See you in court YB Mas!,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...