Fasa kedua PADU akan dibuka – Rafizi

Kerajaan akan membuka semula sistem pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di bawah fasa kedua. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ia bagi membolehkan mana-mana individu yang belum mendaftar dapat mengemas kini maklumat masing-masing mengikut tempoh yang akan ditetapkan.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Rafizi turut memaklumkan data PADU akan menjadi rujukan utama dalam pembentukan program intervensi kerajaan dan pengenalpastian kumpulan penerima bantuan. “Matlamat kerajaan menerusi penggunaan PADU adalah bagi meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber terutama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan lebih bersasar,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata sehingga tamat tempoh pendaftaran PADU fasa satu pada Mac lalu, sebanyak 10,544,016 individu sudah mengemaskini maklumat dalam sistem tersebut.

#InspirasiChannelz BERNAMA

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...