Fahmi: Hanya data tanpa nama diberi kepada SKMM

KUALA LUMPUR, 8 JUN — Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan tiada data peribadi yang akan diberikan syarikat telekomunikasi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  

Menteri Komunikasi itu berkata hanya data yang tidak bernama diberikan syarikat telekomunikasi untuk pungutan maklumat umum yang lebih baik. 

“Syarikat telco saya difahamkan tidak akan memberi sebarang maklumat yang mengandungi data peribadi. 

“Hanya anonymised data yang akan sebaik mungkin diproses oleh syarikat-syarikat telco sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Korban Perdana Lembah Pantai hari ini.

Media sebelum ini melaporkan SKMM mengeluarkan arahan mewajibkan syarikat telekomunikasi menyerahkan data semua panggilan telefon bimbit dari Januari hingga Mac.

SKMM bagaimanapun mendakwa data yang dikehendaki itu tidak mengandungi identiti atau maklumat yang boleh mengenal pasti mana-mana individu.

Fahmi berkata data yang diperoleh SKMM itu akan menyokong pembentukan dasar berasaskan bukti termasuk bagi penambahbaikan infrastruktur rangkaian.

Katanya, pendekatan baharu yang lebih terperinci itu akan membolehkan kerajaan menilai keperluan sebenar rakyat dan merapatkan jurang digital secara lebih efektif.

“Tujuannya adalah untuk pengumpulan data bagi statistik rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi.

“Tetapi lebih merujuk kepada trend supaya maklumat yang lebih terperinci dapat kita kumpulkan mengenai mutu, tahap penglibatan, jumlah pengguna yang ada pada satu-satu mukim.

“Kita hendak pastikan dengan data yang dikumpulkan DOSM nanti, lebih banyak perancangan dasar dapat berasaskan bukti dan membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...