Fadhlina seru ibu bapa serius atasi masalah murid cicir

KUALA LUMPUR, 18 JUN — Menteri Pendidikan menggesa kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum di sekolah perlu diseimbangi aspek kemenjadian murid.

Fadhina Sidek berkata isu keciciran murid perlu segera ditangani dengan memberi kesedaran peri pentingnya kehadiran dan kemahiran literasi di sekolah.

“Isu yang perlu ditangani adalah berkenaan keciciran murid. Saya minta kerjasama semua untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak dan ibu bapa.

“Hanya menerusi pendidikan, masa hadapan anak-anak ini dapat diubah,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam.

Beliau mengulas lawatannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hangat di Langkawi yang cemerlang dari sudut akademik dan ko-kurikulum.

Katanya, sekolah berkenaan menunjukan lonjakan prestasi yang membanggakan dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.

“Saya yakin SMK Ayer Hangat mempunyai potensi yang baik terutamanya dalam kegiatan ko-kurikulum.

“Kecemerlangan anak-anak di sekolah dalam sukan bola jaring, bola baling dan olahraga terserlah menerusi pelbagai kejayaan yang dikecapi.

“Syabas kepada guru SMK Ayer Hangat yang komited memberikan yang terbaik kepada murid,” katanya yang turut mengumumkan sumbangan untuk menambah baik prasarana sekolah.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Konflik Thailand-Kemboja : PN ucap penghargaan kepada PM

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Perdana...

Kejayaan Yg Tidak Didendangkan di Jerman,Tahniah UPSI

Pasukan Sepak Takraw Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan...

Dan cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf – Dr Akmal

Mcm mana nak ajar murid perkara betul jika pasang...

Kes Zara Qairina: Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina...