Fadhlina optimis atlet MSSM raih emas Olimpik 2028

KUALA LUMPUR, 30 APRIL — Fadhlina Sidek optimis melihat atlet yang terlibat dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) cemerlang di Sukan Olimpik 2028. 

Menteri Pendidikan itu berkata dengan pelbagai bantuan kerajaan, hasrat menggondol emas diharapkan mampu menjadi kenyataan. 

“Kita semua mendambakan kilauan emas pertama di temasya Olimpik. 

“Berbaki tiga tahun lagi, semoga atlet muda cemerlang yang diraikan akan menyalakan obor cabaran negara. 

“Dengan membawa pulang pingat emas temasya Olimpik Los Angeles 2028,“ katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam. 

Beliau berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk terus memperkasakan ekosistem sukan dengan menyediakan infrastruktur terbaik di setiap peringkat.

Katanya, aspek pembangunan bakat, latihan, nutrisi, sains sukan dan pengurusan juga akan terus diberi perhatian.

“Saya tidak akan lupa dengan anak-anak hebat di Pulau Tioman. Anak-anak ini membesar di pesisir pantai, bermain ombak setiap hari dan mereka tidak gentar akan gelombang di lautan. 

“Bakat mereka mengendalikan kapal layar sangat mengagumkan. Menyedari bakat yang ada, KPM menyediakan kapal layar optimis dan memperkukuhkan program latihan pelayaran,” katanya. 

Fadhlina berkata keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan kemenjadian atlet di sekolah. 

Katanya, perjalanan atlet-atlet hebat kebanyakannya bermula dari rumah hasil berkat dukungan dan sokongan padu keluarga masing-masing.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...