Exco: Majoriti anak Terengganu naik bas balik UPSI

KUALA LUMPUR, 9 JUN — Kerajaan Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi kemalangan bas di Gerik awal pagi tadi.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insannya, Satiful Bahri Mamat berkata majoriti pelajar yang menaiki bas adalah anak-anak Terengganu.

“Difahamkan, majoriti pelajar yang menaiki bas adalah anak-anak Terengganu yang pulang ke kampus selepas bercuti sempena Hari Raya Aidiladha.

“Mereka pergi dalam keadaan yang amat mulia, kembali menuntut ilmu dalam perjalanan yang penuh niat suci.

“Pemergian mereka adalah satu kehilangan besar buat keluarga, masyarakat dan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Satiful Bahri berkata kerajaan Terengganu akan menyalurkan bantuan segera kepada waris termasuk bantuan kebajikan dan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa.

Katanya, seluruh rakyat Terengganu dan seluruh negara diminta untuk sama-sama menadah tangan mendoakan semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat.

“Saya sudah mengarahkan agensi berkaitan untuk menyelaras dengan pihak universiti dan hospital bagi memastikan setiap mangsa dan waris menerima bantuan sewajarnya.

“Semoga mereka yang cedera diberi kesembuhan segera. Semoga seluruh keluarga yang diuji diberikan ketabahan luar biasa dalam menghadapi saat yang sangat sukar ini,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...