Ewon: Rakyat Sabah hargai usaha lawan tuntutan Sulu

KUALA LUMPUR, 9 MEI — Datuk Ewon Benedick menegaskan kemenangan Malaysia di mahkamah antarabangsa berkaitan kes tuntutan Sulu merupakan kejayaan kerajaan Madani. 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata kejayaan berkenaan satu pencapaian membanggakan selepas keputusan berpihak kepada Malaysia, lapor BERNAMA.   

“Bagi pihak pemimpin dan rakyat Sabah, kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan.

“Ia atas penubuhan jawatankuasa khas yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang membawa tuntutan Sulu ke mahkamah. 

“Kejayaan ini membuktikan tuntutan Sulu tidak berasas. Ini kejayaan signifikan yang dicapai kerajaan Madani. Saya percaya rakyat Sabah menghargainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi penerangan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) di Tawau, Sabah hari ini.

Sesi penerangan bertajuk “Kemenangan Malaysia Dalam Tuntutan Sulu” disampaikan Pengarah Seksyen Hubungan Antarabangsa BHEUU JPM Irianie Abdul Wahab.

Lapan warga Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu sebelum ini memfailkan prosiding timbang tara di Sepanyol bagi menuntut pampasan daripada Malaysia. 

Mahkamah di Madrid pada Mac 2019 melantik Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara kes itu dan lapan warga Filipina berkenaan berjaya dalam tuntutannya.

Mahkamah Sepanyol bagaimanapun menyifatkan keputusan Stampa menganugerahkan AS$14.9 (RM64 bilion) sebagai tidak sah kerana beliau bukan lagi seorang penimbang tara.

Kemenangan bersejarah itu bermakna asas awal yang menuntut Malaysia membayar pampasan AS$14.9 bilion tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Maut hisap vape, menteri tubuh jawatankuasa khas 

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...

Anwar ucap takziah, gesa siasatan nahas FRU  

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PAS rakam ucapan takziah nahas FRU di Teluk Intan

KUALA LUMPUR, 13 MEI — PAS menzahirkan ucapan takziah...

10 maut trak FRU bertembung lori batu

KUALA LUMPUR, 13 MEI — 10 maut dalam nahas...