Erma: Pengurus pesantren ditahan, Bidaah capai objektif

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Penerbit Erma Fatima menyifatkan drama Bidaah sampai kepada objektifnya apabila pengurus sebuah sekolah agama di Indonesia ditahan pihak berkuasa. 

Erma, nama popular Fatimah Rahmad Ali, berkata dengan tertangkapnya pengurus itu, ia membuktikan penunggang agama dalam masyarakat bukanlah isu terpencil. 

“Apa yang mampu saya katakan, inilah perjuangan sebenar Bidaah. Untuk membuka mata orang dalam beragama. Bukan menghina ulama atau Islam yang sibuk diperkatakan.

“Di Indonesia tular sebab mereka dekat dengan isu ini. Terlalu banyak penunggang agama di sana,” katanya kepada Inspirasi Channelz. 

Lembaga Perlindungan Pelajar Kota Mataram pada Isnin mendedahkan seorang pengarah yayasan pondok pesantren ditahan kerana disyaki merogol pelajar.

Joko Jumadi berkata suspek ditahan selepas mangsa membuat perbandingan dengan babak drama Bidaah yang sedang tular di Indonesia.

Katanya, setakat ini 20 mangsa dikenal pasti namun hanya tujuh bekas pelajar membuat laporan kepada polis.

Erma berkata walau banyak kontroversi dikatakan masyarakat, namun Bidaah sememangnya sarat dengan mesej pengajaran kepada masyarakat.

Katanya, penonton perlu bijak membezakan baik dan buruk serta membimbing penonton bawah umur agar tidak mudah terpedaya dengan kandungan media sosial.

“Ada baik, ada buruk kesannya jugakan. Bukan sahaja isu sosej, segala benda tentang Walid. Itu trend masa kini untuk kandungan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...