Eda Ezrin, suami bebas tuduhan miliki 6,059 pil kuda

NARATHIWAT, 6 Mac- Penyanyi lagu ‘Bae Sobar Bae’, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau Eda Ezrin bersama suami dan empat individu lain dibebaskan Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand hari ini atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda pada 1 November lalu.

Keputusan itu dibuat oleh panel dua hakim selepas mendapati tiada bukti yang boleh mengaitkan kesemua tertuduh dengan bekalan dadah tersebut.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut menunjukkan dadah terbabit dibawa masuk oleh tiga individu lain dan bukan oleh mereka berenam.

Bagaimanapun, bagi pertuduhan mengambil dadah, Eda, 30, bersama suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan mereka dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda 4,000 baht (RM526) setiap seorang.Bagaimanapun, kesemua mereka masih perlu berada dalam tahanan penjara selama sebulan bagi menunggu keputusan sama ada pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah.

Peguam yang mewakili tertuduh, Sufian Abdul Aziz berkata jika tiada rayuan difailkan dalam tempoh sebulan, kesemua mereka akan dibenarkan pulang.

“Buat masa ini, keenam-enam anak guam saya masih belum boleh dibenarkan keluar dan perlu berada dalam penjara sementara menunggu pihak pendakwaan memfailkan rayuan.

“Jika tiada rayuan, mereka akan dibenarkan pulang,” 

#BERITARTM

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...