Dr Akmal lebih baik diam dari tunjuk bodoh sendiri?

Saya tertarik dengan posting yg dibuat Ketua Pemuda Umno “Tun Khianati Umno”? Berehatlah Tun?

Banyak penulisan saya sebelum ini menyokong keberanian anak muda dari Melaka ini didalam berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Dap dalam pelbagai isu sebelum ini dikala pemimpin-pemimpin besar Umno “Menikus Ketakutan Bak Tikus Mengeletar Kesejukan” kepada pemimpin-pemimpin besar DAP. Ya seluruh rakyat Malaysia sedar akan perkara ini kerana parti Umno kini bukan lagi seperti dahulu kala ketika dizaman Tun Dr Mahathir ( PM4) dengan kekuatan yg begitu besar dan gagah , Umno dibawah Presiden Zahid Hamidi hanya sebuah parti kerdil yg terpaksa Melukut ditepi gantang mencari ehsan dan belas kasihan DAP dan PKR bagi bersama-sama didalam kerajaan Madani ini.

Ya mungkin saya kurang bersetuju dengan Tun Dr Mahathir didalam beberapa perkara akhir-akhir ini contohnya perdamaian bersama Zahid Hamidi didalam kes saman Tun terhadap Zahid didalam isu “KUTTY” yg digembar gembur sebelum ini bahawa karier politik Zahid bakal berakhir dengan saman fitnah Tun terhadap Zahid namun akhirnya kerana kesilapan bodoh golongan-golongan Maha Pandai disekeliling Tun yg mendedahkan diri Tun pula kepada penghinaan kepada mahkamah , Zahid mengambil peluang itu akhirnya Tun terpaksa mengangkat bendera putih menyerah kalah sekaligus berdamai dan menarik semula saman itu maka berakhirlah cerita “KUTTY”.

Yg kedua melibatkan Presiden BERSATU yg gila nk jadi PM ke 11? Dia pecat Tun sebagai Pengerusi BERSATU kini dia kembali bersama-sama Tun didalam perjuangan untuk orang melayu yg dibawa Tun melalui Proklamasi Orang Melayu ( POM) kini dijenama semula sebagai Sekretariat Orang Melayu (SOM) harap-harap tidak dijenama lagi kepada (BOM) pula oleh golongan-golongan Maha Pandai disekeliling Tun tu kesiankanlah pada Tun tu sikit jangan duk tunggang Tun sangat diusia Tun sudah melebihi 100 tahun.

Berbalik kepada cerita Dr Akmal ini yg mengatakan bahawa Tun KHIANAT UMNO ini…saya berharap beliau mendedahkan versi beliau apa yg Tun khianat Umno tu? setahu saya dan majoriti Rakyat Malaysia tak ada pula Tun khianati umno tetapi Dr Akmal wajib sedar yg khianat umno dan memalukan nama umno sekarang ini ialah Presiden kamu sendiri iaitu Zahid seorang Presiden yg terpalit dgn 47 pertuduhan di mahkamah yg sudahpun diarah membela diri namun diselamatkan sementara oleh DNAA pejabat peguam negara kononnya bagi meneruskan siasatan lagi.(kelakar namun kita senyum sudah tunggu pengakhiran episod ini nanti).

Adakah Dr Akmal seorang pemimpin muda ini juga menyokong pemimpin-pemimpin yg bergelumang dengan pelbagai pertuduhan yg memalukan ini? mungkin tidak tapi disebabkan presiden parti sendiri kita faham-fahamlah politik parti melayu ini resamnya presiden always right tak kiralah ada pertuduhan kes di mahkamah ke,anak menantu lari keluar negara ke,gila nk jadi PM ke,waima apasaja yg negatif sekalipun presiden itu wajib dihormati dan disanjung tinggi walaupun sepatutnya dah lama letak jawatan ataupun dihumban keluar oleh penyokong-penyokongnya sendiri kalau dinegara-negara majulah.

Akhir sekali kepada Dr Akmal jangan minta Tun berehat ok kerana yg wajib berehat tu bukan Tun tetapi Zahid Hamidi dan Bung Moktar yg terpalit dengan pertuduhan di mahkamah tu,dah tak relevan lagi ditahun 2025 masih ada pemimpin-pemimpin bermasalah ditampuk kuasa tidak kira didalam kerajaan mahupun parti politik yg memalukan nama Malaysia seolah-olah kita ketandusan pemimpin-pemimpin muda yg berkaliber dan terpaksa bergantung kepada pemimpin-pemimpin tua yg korup dan tidak berintegriti serta amanah.

— Fazli Mohammad

13 November 2025 | Khamis | #InspirasiChannelz | #FaktaBukanAuta

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

KJ sertai kabinet?Siapa beritahu khabar angin ni?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terkejut...

Jumpa di mahkamah – KM P.Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan penyelesaian isu berkaitan kedudukan...

Tanggungjawab kita semua untuk terus memelihara kesatuan dan perpaduan negara

Perjalanan membina sebuah negara yang hebat bukanlah sesuatu yang...

Berehatlah Tun – Dr Akmal Saleh

Ketua Pemuda Umno membalas kritikan bekas Presiden Umno Tun...