Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang memasuki kediamannya di Kuching, Sarawak, minggu lalu.

Beliau menerusi hantaran di Instagram memaklumkan, kejadian tersebut berlaku ketika beliau kembali ke daerah itu untuk melawat pusara Allahyarham serta menyampaikan sedekah jariah bagi pihak suaminya.

Namun katanya, sebaik tiba di kediaman itu, beliau dihalang pengawal bertugas dan dimaklumkan Raghad Kurdi tidak dibenarkan masuk.

“Tetapi Alhamdulillah, pengawal yang baik hati membenarkan saya masuk. Allah akan sentiasa melindungi dan membela mereka yang dizalimi,” menurutnya.

Dalam hantaran itu, Raghad turut berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan keberadaan beliau berada di pintu pagar kediaman bersama pengawal keselamatan dan ketika melawat pusara Abdul Taib.

Susulan kejadian itu, Raghad berkata, beliau membuat laporan polis termasuk permohonan yang perlu di mahkamah.

“Saya lakukan semua ini dengan berat hati, saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa.

“Beliau (Abdul Taib) suami saya, tetapi saya perlu merekodkan perbuatan memalukan yang dilakukan terhadap saya dan menuntut keadilan.

“Saya tahu saya tidak pernah berkongsi cerita sebelum ini, tetapi sudah tiba masanya untuk berbuat demikian,” katanya.

Foto : Instagram Raghad Taib | AWANI | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...