Demi reformasi, Nik Nazmi rasa berat letak jawatan

KUALA LUMPUR, 30 MEI — Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan keputusannya untuk melepaskan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dibuat dengan penuh tanggungjawab. 

Bekas Naib Presiden PKR itu berkata keputusan tersebut tidak mudah namun ia harus digalas demi menjunjung semangat reformasi.  

“Ini adalah keputusan yang saya ambil dengan penuh tanggungjawab dan dengan semangat untuk memberi laluan kepada pembaharuan dan kesinambungan kepimpinan dalam kerajaan. 

“Keputusan ini tidak mudah tetapi ia keputusan yang saya ambil dengan fikiran yang jernih dalam mendukung semangat reformasi dan demokrasi.

“Saya tahu tidak ada kata-kata yang mampu menggambarkan betapa saya menghargai kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan anda sepanjang tempoh saya berkhidmat,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi emel kepada warga kementerian yang dikongsikan di laman Facebook miliknya semalam. 

Katanya, usaha membantu Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan diteruskan dari luar walau tidak lagi bergelar menteri.  

“Kepada semua yang terkesan dengan keputusan saya, jika ada keputusan saya yang merumitkan kerja anda atau kata-kata saya mungkin melukai hati anda, saya mohon maaf. 

“Saya tidak pernah berniat melukakan hati sesiapa, saya hanya cuba memberikan yang terbaik. Satu hal yang anda perlu tahu, saya tidak pernah sesekali kecewa dengan kerja anda.

“Saya akan terus menyumbang dengan cara saya yang tersendiri untuk matlamat kementerian ini. Dunia sedang berubah dan kita perlu memimpin perubahan itu,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...