Demi PKR, Izzah dakwa tiada niat cabar Rafizi

KUALA LUMPUR, 22 MEI — Nurul Izzah Anwar menjelaskan bukan niatnya untuk mencabar Datuk Seri Rafizi Ramli merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Anak Perdana Menteri itu berkata isu pencalonan timbul selepas Rafizi berhasrat mengambil cuti panjang meninggalkan Kementerian Ekonomi.  

“Tatkala saya menerima berita Rafizi sudah mengambil cuti dan mengosongkan pejabatnya, saya ketika itu berada di India bagi menghadiri persidangan antarabangsa. 

“Kepimpinan parti turut dimaklumkan mengenai sepucuk surat perletakan jawatan yang sudah pun disediakan. 

“Ketika itu, timbul kebimbangan beliau mungkin tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden sekaligus menambahkan keresahan tentang potensi kekosongan kepimpinan,” katanya. 

Nurul Izzah berkata memandangkan terdapat kemungkinan kedudukan Timbalan Presiden kosong, wujud seruan agar dirinya tampil bertanding untuk jawatan itu.

Katanya, seruan itu disokong 201 daripada 220 cabang parti manakala Rafizi hanya mengumumkan kesediaan bertanding pada hari terakhir pencalonan.

“Kita kadangkala menghabiskan lebih banyak tenaga bertelagah sesama sendiri daripada melawan musuh sebenar kita. Perkara ini boleh kita ubah.

“Saya tahu kita punya perbezaan pendapat. Namun hakikatnya, kita juga berkongsi begitu banyak persamaan dari segi cita-cita dan semangat perjuangan. 

“Saudara akan sentiasa menjadi sahabat saya. Kita pernah bersama melawan kebobrokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kita berjuang demi reformasi,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...