Demi Palestin, jangan takut Amerika, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 30 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa tidak lagi berasa takut terhadap Amerika Syarikat (AS) selepas kezaliman terhadap rakyat Palestin semakin memuncak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata semua pihak perlu membuang rasa takut terhadap AS bagi memastikan negara kuasa besar tersebut tidak terus menyokong Israel. 

“Dunia tidak berbuat apa-apa, mengapa? Kerana orang Amerika menyokong genosida Israel. Mereka inilah banyak bercakap tentang hak asasi manusia dan kemuliaan hidup.

“Amerika jelas hipokrit dengan sedikit pun tidak peduli tentang kesengsaraan manusia. Amerikalah paling tidak adil dalam sejarah manusia.

“Kita takut AS. Tetapi kita perlu mengatasi ketakutan itu. Terdapat cara untuk menghentikan pembunuhan,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

Tun Mahathir berkata dunia perlu melawan rasa takut terhadap AS kerana dengan mengancam negara itu, mereka akan berhenti membantu Israel menyerang Gaza. 

Katanya, apabila pembunuhan beramai-ramai di Gaza berjaya dihentikan maka harapan AS untuk membangunkan semenanjung itu sebagai pantai peranginan juga tidak berjaya. 

“Mereka mahu rakyat Gaza mengosongkan wilayah itu. Mereka secara terbuka mahu merampas Gaza. Apabila permintaan mereka tidak dipenuhi, mereka membunuh. 

“Mereka membunuh orang yang tidak bersalah, bayi, kanak-kanak, wanita, pesakit dan orang tua dengan pengeboman,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Agong zahir ucapan terima kasih sempena sambutan Hari Bapa

KUALA LUMPUR, 15 JUN — Yang di-Pertuan Agong Sultan...

PKR Tuaran dakwa Shamsul hipokrit halang Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 JUN — PKR Tuaran menggesa Datuk...

Aktivis dakwa ramai mahu Maszlee kembali jadi menteri

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Dr Anuar Ahmad menegaskan...

Loke sedia jadi ‘bad boy’ halang aktiviti bas pajak

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Anthony Loke bersedia menjadi...