Dato’ Seri Haji Hassan Haji Ahmad Tokoh Maal Hijrah 2024

YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2024M kepada Dato’ Seri Haji Hassan Haji Ahmad, Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa kepada Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi dari Qatar. Prof. Dr. Ali ialah seorang ilmuan dan pemikir Islam berpengaruh dunia.

Berangkat sama mengiringi Sultan Ibrahim, KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Tan Sri Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H / 2024M diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

#InspirasiChannelz | FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...