Dasar sekolah selamat “syok sendiri”

Kumpulan Mandiri menyifatkan Kementerian Pendidikan sebagai “syok sendiri” kerana tidak melibatkan pihak-pihak berkaitan dengan sewajarnya ketika merangka dasar berhubung kebajikan pelajar.

Penyelaras Mandiri Hamdin Nordin mendakwa program sekolah selamat kementerian itu seperti tidak mencapai matlamat kerana tidak mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan.

“Kita menuntut apabila ada pembentukan dasar dibuat untuk sekolah, perlu ada sesi libat urus…dilibatkan gerakan mahasiswa dan sivil untuk berbincang bersama-sama.

“Apabila tiada sesi libat urus, akhirnya kementerian cuma ‘syok sendiri’.

“Mereka rasa sudah buat yang terbaik, sedangkan itu belum lagi terbaik. (Dasar) menjadi terbaik apabila sudah mendapatkan kritikan dan cadangan daripada masyarakat sivil,” 

Hamdin turut mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, dengan mendakwa walaupun menteri itu membawa dasar keselamatan sekolah di Parlimen, dia gagal memastikan pelaksanaannya berjalan dengan betul.

Katanya, ketika wakil beberapa kumpulan bertemu dengan Fadhlina baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada usaha menuntut keadilan dan jawapan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, menteri berkenaan membangkitkan tentang dasar sekolah selamat yang dibentangkan pada tahun ini.

“Dia (Fadhlina) kata kita sudah ada dasar sekolah selamat…Tapi akhirnya dasar itu tidak menyelamatkan pun. Dasar yang baik, kalau tidak diimplementasikan dengan baik, ia tidak berguna.

  • sumber : MalaysiaKini
- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

#JUSTICEFORZARA Dari Kuala Lumpur Ke Stadium Anfield Liverpool

Aksi perlawanan EPL antara Liverpool dan Bournemouth awal pagi...

Kes Zara Qairina Wajar Diselesaikan Berpandukan “Rule of Law”

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap isu...

Tindakan tidak boleh dikenakan kepada Dr Akmal saja – Tok Mat

Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tindakan undang-undang berhubung insiden...

Status visa warga asing tidak memberi imuniti kepada mereka untuk melanggar undang-undang negara ini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan...