Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan “Perdana Menteri Cina” oleh menantu Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

Ahli Parlimen DAP itu berkata Zaharudin Muhammad perlu didakwa kerana menghasut kebencian dan mencetuskan ketegangan kaum. 

“Politik kebencian dan tidak bertoleransi yang dibawa PAS kini semakin ekstrem, fanatik dan sarat dengan unsur perkauman. Sikap ini mesti dihentikan dan tidak boleh dibiarkan berterusan. 

“Tiada satu pun institusi yang dianggap suci daripada serangan PAS. Kumpulan etnik minoriti mudah dijadikan sasaran fitnah, manakala Perlembagaan Persekutuan pula dihina secara terbuka.

“Hanya hukuman yang tegas terhadap naratif yang tidak bertanggungjawab dan berbahaya seperti ini dapat menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke dalam kehancuran akibat rasisme dan ekstremisme yang sedang disuburkan oleh PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas status Zaharudin yang sudah dipadamkan semalam.

Ketua PAS Sungai Buloh itu mengulas pelantikan Johnny Lim sebagai leftenan jeneral pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada kaum Cina.

Katanya, Malaysia mungkin akan mempunyai Perdana Menteri Cina yang pertama menjelang 2058 susulan pelantikan bersejarah Johnny.

Lim berkata kenyataan berbaur perkauman dan melampau Zaharudin bukan sahaja menghina profesionalisme dan integriti ATM malah mencemarkan pencapaian cemerlang Johnny. 

Katanya, ia turut memperlekehkan pengorbanan serta kesetiaan rakyat bukan Melayu terhadap negara ini.

“Zaharudin perlu didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang atas jenayah menghasut kebencian kaum serta mencetuskan ketegangan perkauman melalui hantaran Facebook beliau yang berbaur perkauman,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...