Cukai pun salah, Saifuddin seru Anwar henti dera rakyat

KUALA LUMPUR, 16 JUN — Perikatan Nasional (PN) menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terus menambah derita rakyat atas kegagalannya memahami konsep percukaian. 

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata kegagalan Perdana Menteri memahami konsep percukaian mengakibatkan pelbagai dasar menekan kehidupan rakyat. 

“Saya amat bimbang dan kecewa melihat kenyataan Perdana Menteri dalam video tular baru-baru ini apabila beliau dengan jelas tersilap menjelaskan maksud cukai. 

“Lebih membimbangkan, kesilapan ini datang daripada seorang Perdana Menteri yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan. 

“Jika ketua kerajaan sendiri gagal memahami sistem percukaian yang beliau kendalikan, bagaimana mungkin rakyat boleh meletakkan keyakinan terhadap dasar fiskal negara,” katanya. 

Beliau berkata demikian mengulas video Anwar yang memberi tafsiran salah terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Anwar mendakwa GST bermaksud Cukai Perkhidmatan Am yang meliputi semua perkara manaka SST pula cukai yang hanya dikenakan ke atas barangan import. 

Saifuddin berkata penjelasan Anwar tersasar jauh menggambarkan kecetekan pengetahuan Menteri Kewangan terhadap dasar percukaian negara.

Katanya, kejahilan Anwar itu terus menekan rakyat menghidapi penyakit tiga serangkai dengan dasar membebankan bermula bulan depan.

“Saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri sedarkah bermula 1 Julai ini, rakyat akan dibebani penyakit ekonomi tiga serangkai?

“Saya tidak maksudkan penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi tetapi penderitaan yang tidak kurang parahnya. Pertama, sakit dengan kenaikan dan peluasan SST. 

“Kedua, ‘kencing’ penyelarasan subsidi RON95 dan ketiga ‘tinggi’ bil elektrik yang bakal menghimpit isi rumah B40 dan M40. Inilah realiti yang bakal ditanggung rakyat,” katanya. 

Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata Anwar diseru berpijak kepada realiti semasa dengan mendengar keluh-kesah yang sedang dihadapi rakyat. 

Katanya, Perdana Menteri perlu berhenti memperkenalkan dasar yang mengelirukan dan tidak terus menjadikan rakyat sebagai bahan uji kaji makmal ekonomi. 

“Mereka manusia yang punya keluarga untuk disara dan kehidupan untuk dijaga,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Kelapa, kerepek pisang pun kena SST? Soal GERAKAN

KUALA LUMPUR, 16 JUN — Parti GERAKAN menggesa kerajaan...

UMNO Cheras gesa Zahid berani jaga hak Melayu

KUALA LUMPUR, 16 JUN — UMNO Cheras menggesa Presiden...

UPSI gesa mangsa nahas dapat teruskan semester

KUALA LUMPUR, 16 JUN — Universiti Pendidikan Sultan Idris...

BERSATU kesal KPN pilih kampung ibu dana RM1 juta

KUALA LUMPUR, 16 JUN — Parti BERSATU kesal Tan...