Cucu sakit, Rosmah terkilan terlepas rai DNAA Najib

Datin Seri Rosmah Mansor melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama suaminya meraikan keputusan di Mahkamah Tinggi semalam. 

Isteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata beliau tidak dapat hadir ke mahkamah kerana keletihan menjaga cucu yang kurang sihat. 

“Malangnya, saya tidak dapat bersama suami pada pagi yang penuh bermakna itu kerana malam sebelumnya, cucu saya jatuh sakit dengan demam yang tinggi. 

“Kami terpaksa menjaganya sepanjang malam. Oleh itu, saya benar-benar keletihan pada pagi berikutnya,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 

Mahkamah Tinggi semalam membenarkan permohonan Najib untuk dilepas tanpa bebas (DNAA) dalam kes SRC International II. 

Hakim, K Muniandy membenarkan permohonan itu selepas dokumen perbicaraan masih gagal disediakan pihak pendakwaan. 

Rosmah berkata segala doa dan ucapan buat Najib sangat bermakna buat mereka sekeluarga. 

Katanya, sokongan yang ditunjukkan pelbagai pihak memberi gambaran bahawa legasi Najib masih hidup dalam hati penyokongnya. 

“Keputusan DNAA semalam untuk suami saya adalah benar-benar satu rahmat daripada Allah yang dimakbulkan melalui doa dan harapan yang berterusan daripada anda semua. 

“Terima kasih khas kepada mereka yang hadir di mahkamah untuk berdiri teguh menyokong beliau serta kepada semua yang berkongsi kegembiraan dan rasa syukur melalui komen dan hantaran anda yang penuh kebaikan.

“Sokongan anda sangat dihargai dan saya akan sampaikan salam dan ucapan kasih sayang anda semua kepada beliau apabila saya bertemu dengan dia hari ini,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...

AGC akan rayu kes Syed Saddiq, kata SPRM

PUTRAJAYA, 25 JUN — Tan Sri Azam Baki memaklumkan...

Jangan masuk politik, detak hati ibu Syed Saddiq

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Lima tahun perjuangan...

Syed Saddiq bebas tuduhan pecah amanah, gubah wang haram

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Mahkamah Rayuan hari...