Chegubard: Veteran berilusi, kenang UMNO masih kuat

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 5 MEI — Aktivis politik, Chegubard menyifatkan Setiausaha Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub berilusi mengenangkan kegemilangan parti Melayu itu. 

Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin, berkata UMNO kini sudah kehilangan kuasa untuk membela agama Islam dan orang Melayu. 

“Mustapha ini masih dalam ilusi mengenangkan UMNO parti terkuat, dominan dan masih memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. 

“UMNO kalah Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 di saat UMNO berasa dirinya kuat. Lepas mereka kalah, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dibentuk.

“Mujur BERSATU ada di situ yang bergabung dengan PH membentuk kerajaan. Kalau tiada BERSATU maka agenda menghancurkan Bumpitera dan Islam akan terlaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Inspirasi Channelz mengulas cadangan Mustapha agar BERSATU dibubarkan bagi membolehkan ahlinya kembali kepada UMNO.

Katanya, UMNO perlu mengenang kekalahan mereka pada PRU lepas apabila terpaksa menagih simpati PH untuk membentuk kerajaan.

“UMNO mendapat kerusi yang sangat kecil. Mereka boleh saja datang kepada Perikatan Nasional (PN) untuk bentuk kerajaan dominan Melayu. 

“Tetapi malangnya kami tidak boleh menjanjikan untuk membebaskan pemimpin yang rasuah. Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semua boleh tetapi apa yang berlaku bersama Anwar?

“Perjuangan Melayu dan Islam disekat. Hari ini jelas berlaku masalah perkauman bagaimana umat Islam komen sedikit terus diambil tindakan,” katanya.

Chegubard berkata UMNO terbukti gagal memperjuangkan Melayu yang selama ini menjadi teras perjuangan mereka. 

Katanya, UMNO perlu menyedari mereka sudah tidak mempunyai kekuatan itu dan kekuatan Melayu hanya dapat dipulihkan dengan penyatuan. 

“Seharusnya UMNO hari ini sedar kuasa Melayu sudah berpecah dan memerlukan penyatuan tetapi UMNO terus ego dan sombong. 

“Dalam keadaan UMNO faham mereka kini tidak lagi dominan dan melukut di tepi gantang. Menjadi menteri tetapi tidak boleh menguasai polisi, itu mereka harus sedar. 

“Veteran UMNO perlu bertenang. Kepentingan ummah lebih penting daripada kepentingan jemaah. Jangan kerana ego dan sombong, kepentingan bangsa diketepikan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...