Chegubard dakwa hartawan di balik cadangan nama Izzah 

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 6 MEI — Aktivis politik, Chegubard menggesa rakyat memahami permainan politik yang sedang berlaku dalam PKR. 

Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin, berkata sokongan PKR Perak terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar didalangi individu berpengaruh. 

“Ini adalah perebutan kasih sayang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Ketika seseorang mula rapat dan mengawal pejabat Anwar, Datuk Seri Rafizi Ramli hilang daripada radar.

“Siapa yang bawa nama Nurul Izzah ini? Antaranya yang begitu menonjol PKR Perak. Siapa di belakang PKR Perak? 

“Sudah tentu bekas pengerusinya yang sekarang menjadi anak muda paling kaya-raya dalam Malaysia,” katanya kepada Inspirasi Channelz. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan PKR Perak menyokong Nurul Izzah untuk dicalonkan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Katanya, pergolakan dalaman PKR membuktikan perjuangan rakyat hanya penyedap ucapan dalam kempen politik yang tidak menjadi agenda utama parti.

“Hari ini terbukti rakyat bukan urusan parti. Parti itu hanya berkisar soal kuasa, nafsu, rakus, sakau dan jawatan. Tetapi dalam pertimbangan ini di mana rakyat? 

“Jawapannya tidak ada. Rakyat hanya mainan dan laungan penyedap ucapan sahaja semata-mata. Rafizi hilang tiba-tiba dari radar merajuk kerana isu pemilihan.

“Beliau tidak fikir beliau Menteri Ekonomi. Negara sedang berdepan dengan serangan tarif dari Amerika Syarikat (AS). Beliau tidak hadir pun sidang khas Parlimen,” katanya.

Chegubard berkata isu cuti Rafizi membuktikan Ahli Parlimen Pandan itu tidak mempedulikan soal rakyat dengan merajuk sehingga ada penyelesaian beliau tidak dicabar. 

Katanya, ahli PKR perlu diingatkan bahawa isu ini bukan soal demokrasi tetapi kautim bagi kepentingan peringkat atas. 

“Isunya baik tidak ada pertandingan. Jangan buka gelanggang demokrasi kalau semua dikautim dan sebagainya. Soalnya lepas kautim, Rafizi kembali bertugas, masuk pejabat semula. 

“Ini semua bukan soal rakyat. Ini soal tembolok masing-masing dan penangguhan pencalonan hujung minggu lepas memang kerana Rafizi merajuk,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...