Cepat tukar, pembantu antara enam hadiah Hari Guru

KUALA LUMPUR, 16 MEI — Menteri Pendidikan mengumumkan enam berita gembira kepada warga pendidik bersempena sambutan Hari Guru di Kuching, Sarawak hari ini. 

Fadhlina Sidek berkata guru kini dibenar membuat permohonan pertukaran selepas dua tahun berkhidmat selain peluang mengikuti kursus di luar negara. 

“Terima kasih cikgu-cikgu sekalian kerana terus komited dalam mendidik dengan hati yang luhur. Semoga usaha ini menjadi asas kukuh dalam melonjakkan kualiti pendidikan.   

“Apabila kita membicarakan tentang reformasi sekolah, tiada tempat lain yang lebih sesuai dan memberikan kesan langsung melainkan di dalam kelas,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Sambutan Hari Guru ke-54 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di Sarawak.

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyediakan 1,470 pembantu guru tahun ini di sekolah terpilih.

Seramai 32 guru cemerlang pula akan merasai pengalaman bertugas di sekolah antarabangsa United Kingdom secara percuma.

KPM juga akan menghantar guru dan pegawai terpilih untuk mengikuti kursus jangka pendek di luar negara untuk menimba pengetahuan dalam bidang terpilih.

Diskaun 20 peratus diberikan untuk pembelian tiket penerbangan dan diskaun buku sehingga 30 peratus bagi pembelian secara atas talian.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...