Cedera disimbah asid, Faisal kecewa siasatan hanya NFA

KUALA LUMPUR, 8 MEI — Peguam kepada Faisal Halim memaklumkan kes serangan asid terhadap pemain bola sepak Selangor itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Nik Zarith Nik Moustpha berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai NFA selepas siasatan yang dijalankan tidak membuahkan hasil. 

“Kita menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara yang memaklumkan kes ini diklasifikasikan sebagai NFA. Surat itu bertarikh 18 Februari.

“Surat terbabit menyatakan polis tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kajang, Selangor hari ini mengulas perkembangan insiden yang berlaku pada 5 Mei tahun lalu. 

Ekoran kejadian itu, Faisal dilaporkan mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Julai tahun lalu juga membawa usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem terhadap Faisal.

ADUN Selangor sebulat suara mendesak supaya siasatan menyeluruh diadakan dan hasil penyiasatan didedahkan kepada umum.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...