Bukan macam Muhyiddin, Dr Akmal utamakan Melayu

KUALA LUMPUR, 5 MEI — Ketua Pemuda UMNO menegaskan pendiriannya mengutamakan orang Melayu tidak akan berubah berbeza daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata apa yang disuarakannya penuh dengan keihklasan demi memelihara kelangsungan agama bangsa dan tanah air.

“2010 ‘saya Melayu dahulu sebelum Malaysia’. 2025 ‘saya Melayu dahulu baharu Malaysia tidak penting lagi’. Benarlah kata orang, demi kuasa manusia berubah.

“Moga Allah pelihara perjuangan yang ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air ini dan lindungi kita daripada orang yang menggunakan agama dan bangsa demi kepentingan diri sendiri.

“Saya tetap Melayu dahulu sebelum Malaysia kerana itu bangsa saya yang tidak boleh diubah dulu, kini dan Insya Allah selamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU semalam. 

Muhyiddin mendakwa mengambil berat terhadap semua rakyat Malaysia dan pandangan lamanya mengenai keutamaan identiti Melayu sudah tidak relevan.

Katanya, pemikirannya kini tidak lagi memikirkan dirinya sebagai Melayu sahaja tetapi mengambil kira kaum lain sebagai pemimpin.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...