BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk mencari kuasa walaupun dilihat kelakar oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.Mahu tidaknya PH bersama BN dan GRS namun BN pula memutuskan hubungan politik bersama GRS ini.Disini membuktikan tiada keyakinan diri untuk menang buat parti anak beranak PKR yg memimpin PH ataupun kering idea dan strategi ataupun sedar penolakan rakyat terhadap PH semakin kuat dikala pelbagai isu terutamanya yang melibatkan negeri Sabah ini.

Dari kes buli hinggalah skandal rasuah yang melibatkan pimpinan kerajaan negeri dibawah GRS . Kalau diambil dari satu sudut didalam situasi ini BN dilihat bijak apabila segera memutuskan kerjasama dengan GRS kerana mereka sedar dan tidak mahu terpalit sama dengan masalah-masalah yang dikaitkan dengan pentadbiran yang lemah oleh Hajiji nor dari GRS namun dari satu sudut lagi mereka terus mengekalkan kerjasama bersama PH sedangkan PH utuh berdiri bersama GRS. Strategi politik sarkis ini bakal membawa BN,PH dan GRS ke lembah kegelapan dalam pilihanraya negeri Sabah nanti.

Warisan yang bergerak solo mungkin bertanding lebih 70 kerusi Dun Sabah , keyakinan tinggi Datuk Seri Shafie Apdal jangan dipandang enteng kerana pemimpin yang sarat dengan pengalaman politik diperingkat pusat dan negeri ini mampu menyatukan keseluruhan rakyat Sabah mahu tidaknya parti Warisan yang lahir dari bumi Sabah kekal dengan pendirian tanpa bekerjasama dengan parti-parti politik dari pusat ataupun semenanjung seperti BN dan PH,membuat mereka dilihat bersih kerana tidak terpalit dengan apajua isu mahupun skandal yang berlaku diperingkat pusat dan negeri.Jika mereka diberi kuasa oleh rakyat Sabah kita pasti dapat dilihat perubahan besar yang bakal dibawa Shafie Apdal bermula dengan menjadikan Sabah seperti Sarawak didalam perubahan pentadbiran negeri dari negeri ke wilayah dan dari ketua menteri ke premier.

Setakat hari ini Warisan dijangka mampu memenangi sekurang-kurangnya 38 ke 45 kerusi Dun Sabah dan ia sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan!

— Fazli Mohammad — 14 Oktober 2025

#InspirasiChannelz | #FaktaBukanAuta | #FazliMohammad

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...

Prabowo di undang manakala Anwar tidak?

Foto | Sekretariat Negara Ramai yang tertanya-tanya kenapa Pengerusi Asean...