Biar Izzah jadi menteri sekat lanjutan kontrak Azam

KUALA LUMPUR, 12 MEI — Ahli Majlis Tertinggi UMNO menggesa Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai menteri jika berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR.

Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata dengan jawatan tersebut, anak Perdana Menteri itu dapat menyekat sambungan kontrak Tan Sri Azam Baki.

“Jika menang, Nurul Izzah dianggap tidak bertanggungjawab jika tidak menyertai Kabinet. Keluarganya akan dituduh ada motif lain.

“Jika menang, jadilah menteri. Tunjuk kemampuan kamu buat apa yang kamu cakap. Bagi peluang kepada rakyat untuk menilai.

“Lawan sampai habis bahawa reformasi institusi itu adalah benar,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

Nurul Izzah kelmarin mengecam penyambungan kontrak Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Katanya, lanjutan kontrak setahun tersebut tidak dialu-alukan kerana menyukarkan perubahan dasar negara.

Puad berkata kecaman Nurul Izzah terhadap penyambungan kontrak Azam menimbulkan persoalan di saat kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Katanya, Nurul Izzah hanya akan dilihat sebagai melaungkan retorik jika iltizamnya untuk menyekat kemaraan Azam tidak tercapai.

“Pendirian itu dibuat ketika beliau sudah umum bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Apakah itu sebahagian manifestonya merebut jawatan berkenaan atau setakat retorik politik?

“Sepatutnya Nurul Izzah lebih jujur menyatakan apa beliau akan buat jika menang. Apakah beliau akan desak ayahnya membatalkan pemanjangan kontrak Azam?” soalnya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...