BERSATU ragu Menteri Kewangan gagal hurai GST, SST

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 19 JUN — Parti BERSATU meragui kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan selepas Perdana Menteri memberi takrifan salah rejim percukaian.

Ketua Wanitanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata penerangan Anwar mengenai cukai mengecewakan menunjukkan tahap pemikiran Perdana Menteri.  

“Itu saya pelik. Apabila seorang bekas timbalan perdana menteri, sekarang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

“Beliau bukan tersasul tetapi itu menunjukkan tahap pemikiran dan pemahaman seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang boleh kita ragukan. 

“Bukan saja takrifannya salah tetapi penerangannya juga mengelirukan. Di sini ramai rakyat sudah sedar apabila menonton video itu,” katanya kepada Inspirasi Channelz. 

Beliau mengulas takrifan salah Anwar berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) minggu lalu. 

Anwar mendakwa GST bermaksud Cukai Perkhidmatan Am yang meliputi semua perkara manakala SST cukai yang hanya dikenakan ke atas barangan import. 

Mas Ermieyati berkata penjelasan Anwar itu memudahkan kerja pembangkang tanpa perlu mencungkil pemahaman Menteri Kewangan terhadap rejim percukaian. 

Katanya, Anwar sendiri membuka pekung betapa dua rejim percukaian itu tidak difahaminya menjelang peluasan SST bulan depan.

“Bukan kerja pembangkang pun tetapi beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan melondehkan kekurangan yang selama ini ditutupi dengan kata-kata manis tetapi hampas di dalam. 

“Saya melihat banyak komen yang saya sangka laskar maya tetapi bukan kerana ia kritikan organik daripada rakyat yang terkilan dan kecewa dengan apa yang ditunjukkan Anwar.

“Topengnya sudah terbuka. Saya harap rakyat sedar kerajaan hari ini penuh dengan kepura-puraan apabila polisi diumumkan tidak banyak menguntungkan rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata kerajaan hari ini juga terkebelakang dalam isu kebebasan bersuara apabila banyak akaun media sosial dipadamkan. 

Katanya, situasi itu berbeza ketika zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak apabila rakyat dibiarkan mengkritik sehingga tumbang kerajaan Barisan Nasional.  

“Ketika saya berada di era pentadbiran Najib walau hebat dikecam, tiada pun sekatan kepada pembangkang walau dengan kebebasan yang diberikan menjatuhkan kerajaan. 

“Kerajaan hari ini khuatir dengan apa yang mereka lakukan. Mereka lakukan sekatan kepada rakyat supaya mereka tidak boleh dijatuhkan.

“Mereka mahu kekal berkuasa, menekan rakyat dan kekal menjadi diktator rakyat,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...

AGC akan rayu kes Syed Saddiq, kata SPRM

PUTRAJAYA, 25 JUN — Tan Sri Azam Baki memaklumkan...

Jangan masuk politik, detak hati ibu Syed Saddiq

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Lima tahun perjuangan...

Syed Saddiq bebas tuduhan pecah amanah, gubah wang haram

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Mahkamah Rayuan hari...