BERSATU: Lanjut umur bersara ancam graduan, wanita muda

KUALA LUMPUR, 22 MEI — Parti BERSATU memandang serius cadangan menaikkan had umur persaraan wajib kepada 65 tahun yang dibangkitkan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Srikandinya, Nurul Ezzati Azmi berkata cadangan itu bukan sahaja tidak wajar malah menunjukkan kerajaan gagal memahami denyut nadi rakyat.

“Ketika ramai anak muda masih menganggur, kerajaan dilihat lebih sibuk mencadangkan dasar-dasar yang tidak menyentuh keperluan sebenar masyarakat hari ini.

“Kajian mendedahkan lebih satu pertiga graduan negara ini memulakan kerjaya dalam bidang yang tidak sepadan dengan kelayakan akademik mereka. 

“Ini bukan sekadar pembaziran potensi, ini adalah kegagalan struktur ekonomi untuk menjana pekerjaan berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Azalina kelmarin menggesa kerajaan mengkaji semula had umur persaraan wajib yang ditetapkan pada usia 60 kepada 65 tahun kerana ramai kakitangan yang masih sihat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata langkah berkenaan wajar dipertimbangkan memandangkan usia 60 tahun kini dianggap masih muda oleh kebanyakan negara.

Nurul Ezzati berkata wanita berdepan dengan situasi yang lebih mencabar apabila firma tertentu masih mengamalkan diskriminasi gender.

Katanya, diskriminasi berkenaan masih berlaku secara senyap dan sistematik termasuk dalam bentuk jurang gaji walaupun memiliki kelayakan yang setara.

“Ramai wanita muda akhirnya terpaksa beralih ke sektor tidak formal atau pekerjaan bergaji rendah. Bukan kerana kurang kelayakan tetapi sistem tidak memberi ruang adil.

“Cadangan menaikkan umur persaraan hanya akan menyempitkan peluang pekerjaan golongan muda termasuk wanita muda yang masih berusaha membina kehidupan.

“Sebarang cadangan berkaitan umur persaraan wajib harus melalui libat urus menyeluruh, bukan dibuat berdasarkan perbandingan dengan negara luar semata-mata,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom 

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...