Bersatu heret 6 ahli Parlimen, ADUN sokong PM ke mahkamah

Mohamed Azmin semasa berucap pada Himpunan Rakyat Bantah Keputusan Speaker Parlimen di sebuah hotel di sini, pada malam Ahad – Foto Sinar Harian

KUALA SELANGOR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju mengambil tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan perlembagaan terhadap enam bekas ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu tidak sesekali ‘mengalah’ walaupun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San mencemar perlembagaan Persekutuan dan negeri.

“Saya percaya mahkamah akan membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada perlembagaan dan undang-undang,” katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Bantah Keputusan Speaker Parlimen di sebuah hotel di sini, pada Ahad malam.

Beliau memberitahu, semakan di peringkat mahkamah itu dibuat bagi memastikan mereka mengosongkan kerusi seterusnya memulangkan semula mandat rakyat untuk diadakan pilihan raya kecil (PRK).

“Kepada (Ahli Parlimen Tanjong Karang) Dr Zulkafperi Hanafi, kalau kamu ada maruah, tolong kosongkan kerusi ini sebelum mahkamah membuat keputusan.

“Kamu menang kerana rakyat dan jentera di bawah yang bekerja dan membantu kamu, namun apabila diberikan sedikit kuasa, kamu khianat kepada parti.

“Kamu tidak tunduk kepada amanah rakyat, maka tanggungjawab kami untuk mengheret kamu ke muka pengadilan,” ujar beliau.

SINAR HARIAN | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Ringgit susut kerap naik gaji minimum, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...

TUN ABDULLAH BADAWI

18 APRIL — Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan saya...

Fitnah Khairy, mahkamah arah pendakwah bayar RM2.5 juta

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Pendakwah bebas, Ustaz Abu...

Polis selesai rakam cakap ketua pengarang, pereka grafik Sin Chew

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Ketua Polis Negara memaklumkan...