BERSATU gesa Zahid ikut jejak Rafizi lepas jawatan TPM

KUALA LUMPUR, 30 MEI — Parti BERSATU menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur selepas kagum dengan peletakan jawatan dua menteri PKR.

Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri patut meletak jawatan lebih awal selepas mengkhianati dasar perjuangan UMNO. 

“Zahid sepatutnya sudah meletakkan jawatan lebih awal lagi berbanding Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Zahid sepatutnya lebih bermaruah dan mempunyai perasaan malu serta sudah lama meletakkan jawatan kerana mengkhianati dasar UMNO selama berpuluh tahun.

“[Beliau mendakwa] ‘No Anwar, No DAP’ sejak 2020 lagi,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 

Tun Faisal berkata UMNO mengalami kekalahan paling buruk dalam Pilihan Raya Umum lalu di bawah kepimpinan Zahid. 

Katanya, Zahid juga berbohong kepada Yang di-Pertuan Agong dan pengundi UMNO dalam isu pembentukan kerajaan campuran bersama Pakatan Harapan. 

“UMNO hanya menang 26 kerusi Parlimen, hilang kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka.

“Zahid sendiri sebagai Presiden UMNO hanya menang 348 undi. Prestasi UMNO juga sangat teruk semasa pilihan raya enam negeri,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...