BERSATU desak Melaka dedah hotel anjur pesta arak

KUALA LUMPUR, 27 MEI — BERSATU Melaka menggesa bidang kuasa Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dinaik taraf. 

Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata bahagian itu perlu diberi kuasa lebih besar jika terdapat pengusaha yang melanggar syarat pensijilan halal.

“Dalam isu yang diumumkan exco semalam, nama hotel tersebut juga harus didedahkan seperti mana pihak berkuasa dedahkan produk yang ditarik sijil halal.

“Bayangkan jika isu ini berlaku ketika bulan Ramadan, di mana ramai umat Islam hadir ke hotel-hotel untuk iftar tanpa mengetahui status terkini sijil halal hotel tersebut.

“Bukan semua yang hadir akan menyemak status halal hotel tersebut di laman web JAIM,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama semalam mengumumkan penarikan sijil halal dua buah hotel terkemuka bertaraf lima bintang di Banda Hilir. 

Datuk Rahmad Mariman berkata tindakan itu diambil selepas penganjuran parti arak di hotel terbabit menggunakan peralatan sama dengan dapur yang mendapat sijil halal.

Katanya, kedua-dua hotel itu diberikan tempoh tiga bulan untuk membuat permohonan semula sijil halal bagi meneruskan pengiktirafan.

Dr Mohd Yadzil berkata kerajaan negeri Melaka perlu mencontohi unit halal negeri lain yang mendapat kuasa lebih besar untuk mengeluarkan kompaun.

Katanya, tindakan pihak berkuasa yang sekadar menarik sijil halal berbanding menutup premis atau hotel berkenaan menjadi persoalan.

“Apa lagi hotel tersebut adalah hotel lima bintang yang secara umum rakyat tahu sebelumnya adalah hotel yang memiliki sijil halal,” katanya.

“Kenapa terlalu ‘rendah’ taraf sijil halal itu dinilai? Kalau kedai makan yang didapati kotor akan segera dikompaun dan diarahkan tutup untuk satu tempoh yang panjang.

“Tetapi kalau melibatkan pensijilan halal kenapa hanya ditarik atau digantung sijil halal? Tindakan ini dilihat tidak tegas dan merendahkan ‘nilai’ halal itu sendiri,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...