Belanjawan Madani 2025 pacu Malaysia muncul kuasa ekonomi Asia Tenggara -Anwar

PUTRAJAYA – Belanjawan Madani 2025 yang bakal dibentangkan di Parlimen Oktober ini, akan terus menumpukan aspek penanda aras disasarkan dalam kerangka Ekonomi Madani, termasuk membolehkan Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berkongsi mengenai pembentangan belanjawan ketiga oleh kerajaan Madani, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, berdasarkan kepentingan itu, kerajaan perlu segera memikirkan kaedah untuk merancakkan lagi usaha meningkatkan siling seperti menstruktur semula ekonomi agar negara dapat mengecapi kekayaan lebih besar.

“Kita perlu menstruktur semula ekonomi supaya dapat meraih tahap pencapaian sebagai ekonomi utama di rantau Asia Tenggara,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ di sini pada Selasa.

Mengulas selanjutnya, Anwar berkata, cabaran utama kerajaan adalah untuk menaikkan aspek siling dan lantai negara yang jika tidak seiringan, boleh membebankan rakyat terutama golongan miskin bandar dan pedalaman.

Usaha menaikkan siling itu merujuk kepada penyusunan semula ekonomi bagi membolehkan negara dapat mengecapi lebih banyak kekayaan, manakala lantai menjurus kepada mengutamakan keadilan sosial dalam memastikan kekayaan dapat dikongsi rakyat secara lebih saksama.

Bernama | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Saya mahu Iran menjadi hebat. Tapi mereka tidak boleh miliki senjata nuklear.

“Kami tidak akan membiarkan mereka memiliki senjata nuklear,” kata...

Perancis mungkin iktiraf negara Palestin pada Jun 2025?

ISTANBUL: Presiden Emmanuel Macron menyatakan Perancis mungkin akan mengiktiraf...

Presiden China Xi Jinping adakan lawatan negara ke Malaysia pada 15-17 April

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima lawatan negara daripada Presiden China,...

Fadhlina tawar diri tanding Ketua Cabang Nibong Tebal

Maka izinkan saya dengan rendah dirinya untuk menawarkan diri...